Indah nian waktu senja di bumi UIA petang semalam, terlihat sang pelangi mewarnai lelangit Tuhan. Subhanallah..lantas aku berkeputusan utk menjadi pencinta setia akan permandangan yang cantik itu. Terasa bertuah menghuni di sini, pepagi yang indah dan nyaman membenar kami semua, mahasiswa UIAM menghirup udara segar sementelah pula kami menghuni di kawasan tinggi dan dikelilingi pepohon hijau. Memang segar udara di sini, paginya kalau dingin benar akan berseri dek kabus (terasa macam di Cameron Higlands..hehe)
Aku ingin mengimbas cuma detik mesyuarat bersama teraju Psycfor (psychology student’s forum) yang akan meninggalkan tugas pada mainboard baru seawal minggu hadapan. Aku? Yeah..aku terpilih utk meneraju bersama tampuk pemerintahan baru utk setahun akan datang. Aku telah ditaklifkan sebagai Assistant Welfare & Da’wah bureau bersama sahabatku Ibrahim yang akan mengepalai biro kami nanti (dulunya kami subcomm. je) Ya Allah! Memang terasa berat utk menerima jawatan ini sementelah pula aku dan Ibrahim merupakan ahli termuda dalam persatuan ini merangkap ahli baru bagi keluarga psikologist UIAM.
Bila namaku disebut, sama seperti rakan sejawat yang lain..bergema tepukan dihadiahi buatku. Itu bukanlah satu hadiah sebenar kerana bagiku ada amanah besar untukku galas kelak. Aku mengadu kerisauan ini pada seniorku dan kebanyakan mereka tersenyum. Buatku tenang dengan kata semangat dari mereka. Aku diam terpaku dan bila presiden baru memulakan ucapan dengan kalam Tuhan, semua kami terkedu dan sunyi sungguh saat itu..dia mengingatkan kami tentang amanah.
Bro Redza! Seorang lelaki dan bakal peneraju Psycfor yang baru..dia menangis tika itu. Seorang pemimpin yang mengajak kami menghayati perjuangan yang bakal kami lalui. Seperti aku dan mungkin rakan yang lain, dia juga merasakan tanggungjawab yang bakal digalas terlalu besar namun aku turut bersetuju dengan lafaznya petang itu. Katanya, ‘Jangan takut untuk belajar walaupun kita tiada sesuatu kemahiran itu. Sesungguhnya hidup adalah satu proses pembelajaran dan kita pasti akan mendapat banyak ilmu di situ. Usah terlalu risau menerima pentaklifan ini kerana Allah tahu yang kita memang layak utk menjawat jawatan yang diberi. Kita semua pasti mampu mengenderai persatuan ini jika bekerja bersama kerana Allah, bukan menagih pujian manusia biasa. Tidak salah jika muncul kerisauan di hati kerana itu sebenarnya akan sentiasa mengerakkan kita utk melaksana amanah yang diberi. Kita akan mudah rasa bersalah jika membiar amanah bertunda, jadi di situ akan timbul kesungguhan yang nyata’
Katanya lagi agar kami tidakkan rasa terpaksa tapi niatkan ikhlas kerana Allah. Minda yang positif akan membuatkan manusia rasa tenang melakukan semua perkara. Benar! Memang benar apa yang dia katakan, dan aku mula kuat semula. Jauh di benak banyak yang sedang aku fikirkan. Banyak agenda yang perlu aku pulas di kepala. Psikologist UIAM..we are mental advisory!!
Halaku kini akan lebih berliku. Tanggungjawab semakin banyak dan aku, hidupku adalah pilihanku. Untuk berjaya, aku ada caranya. Kesibukan yang aku dakap bukan satu masalah besar utk berjaya kerana itu mungkin cara aku menyumbang dan melaksana amanah. Yeahh..aku ingin menjadi dai’e dan mentor yang ulung. Menjadi sahabat di senggang, khalifah Tuhan yang amanah, anak yang soleh, pelajar cemerlang. Itulah aku..terlalu banyak dan tinggi impianku. Mampukah aku??? InsyaAllah..man jadda wa jadda…kerana Tuhan aku bermula, telah dan bakal melangkah. Tunjuki aku sirat yang lurus lagi hakiki Tuhanku. Intaikan aku tiap kelemahan dan kekurangan buatku kembali menilai. Jika aku terkeliru atau jatuh dek mehnah, bantulah aku kembali bertatih di toriqul najah..pimpinanMu wahai Tuhan adalah satu dambaan dari telus hati kecil ini..ameen!! Dan teman, aku takkan mampu menghadapi semua ini sendiri tanpa kalian…
No comments:
Post a Comment